History Occupants Detail
Operational Cost Supporters

Bangunan ini siap dibina pada Februari 2009.Ia adalah salah satu projek Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.Asalnya bangunan ini dinamakan sebagai Pusat Jagaan Warga Terbiar Melaka,Setelah dibincangkan kembali pihak yang bertanggungjawab sebulat suara untuk menamakan bangunan ini Pertubuhan Kebajikan Villa Harapan Melaka.En R.Farimanalan@ David menjadi pengerusi manakala En.Thomas A/L Maria Soosai adalah naib pengerusi di pertubuhan ini.

Pertubuhan ini ditubuhkan adalah bertujuan untuk membantu golongan yang papa dan terbiar serta yang tidak mempunyai tempat tinggal dan tempat bergantung.Hampir semua penghuni di pertubuhan ini mengalami masalh mental dan terancat akal.Pada April 2010,Pertubuhan ini mula beroperasi sepenuhnya.Jabatan Psikiatri Hospital Melaka dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka telah menghantar penghuni di pertubuhan ini.Namun begitu ada segelintir penghuni di pertubuhan ini dihantar oleh keluarga kerana para ibu bapa tidak dapat menjaga anak-anak mereka.Ada juga keluarga yang tidak mampu serta tidak mempunyai pengalaman dalam menjaga anak mereka.

Kadar keseluruhan bagi Pertubuhan ini adalah 109 orang penghuni,iaitu 62 orang penghuni lelaki dan 47orang penghuni perempuan.Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka dan orang awam banyak menolong dari segi kewangan dan barang keperluan penghuni,keperluan dapur serta kebajikan para penghuni di pertubuhan ini.Disamping itu juga Yayasan-Yayasan,Syarikat-Syarikat serta Persatuan-persatuan banyak member kerjasama serta sumbangan kepada pertubuhan ini Terdapat 3 jenis kaum yang ditempatkan di pertubuhan ini iaitu kaum Melayu ,Cina dan India.Kaum Melayu seramai 41 orang,kaum Cina seramai 27 orang dan kaum India pula seramai 19 orang.Pada setakat Julai 2011 seramai 109 orang penghuni sudah di tempatkan di pertubuhan ini. Pertubuhan Kebajikan Villa Harapan Melaka juga mempunyai seramai 15 orang pekerja yang ditugaskan disini untuk membantu para penghuni yang bermasalah.Dan juga Pengawal Keselamatan bagi memantau keadaan baik dan terjamin.

 

143003