Handicapped and Mentally disabled Children Centre K. Terengganu

Sebagai sebuah organisasi yang teguh, matlamat kami disini hanyalah untuk  membantu kanak - kanak  istimewa dan kurang upaya yang terdiri daripada buta, sindrome down, cacat anggota badan, terencat akal dan lemah daya pemikiran.Kesemua mereka adalah terdiri diantara 14 hingga 54 tahun.

Pada permulaan penubuhan Mei 2004  ianya merangkumi 5 orang penghuni dan sehingga kini menjangkau 24 orang kesemuanya. Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Terencat Akal K. Terengganu ini diawal penubuhannnya adalah merupakan sebuah rumah teres dua tingkat yang disewa. Matlamat pusat ini secara jangka panjang adalah untuk menempatkan  kanak  kanak istimewa ini  supaya dapat berdikari sendiri tanpa bantuan atau sokongan orang lain pada masa akan datang. Disamping itu  pusat ini sering menganjurkan beberapa aktiviti yang berfaedah secara berterusan demi kebaikan kanak – kanak tersebut agar mereka dapat menjalani hidup dengan lebih baik lagi pada masa akan datang seiring dengan matlamat kerajaan.

SnowFalling

101281